Sabtu, 11 April 2009

ANIMASI

Animasi merupakan elemen yang paling diminati dan mendapat perhatian ramai. Hal ini kerana mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam yang nyata. Ianya juga membolehkan sesuatu yang agak sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi dalam penyampaian maklumat juga dapat menceriakan proses penyampaiannya.

VIDEO

Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain, misalnya seseorang pelajar dapat merasakan seolah-olah mereka berada dalam suasana yang digambarkan. Ianya juga dikatakan merupakan gabungan pelbagai media ( seperti teks, grafik, audio dan sebagainya ) di dalam satu medium serta dapat menyampaikan sesuatu mesej dengan dinamik dan mampu merangsang pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam proses penyampain maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya dengan lebih nyata.

AUDIO

Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu pedaya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik kesan khas audio dan sebagainya. Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain daripada itu, elemen video juga dapat menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasiklan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

GRAFIK

Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilutrasi, dan sebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi member penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual.

Grafik juga mampu menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau carta misalnya mampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata-mata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

Selasa, 10 Februari 2009

Typepace menarik...














TEKS.




















Antara bentuk-bentuk teks yang merupakan salah satu elemen yang penting dalam bidang multimedia.

PENGGUNAAM MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN DAN PERNIAGAAN.

PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN.
Penggunaan multimedia dapat membantu memudahkan proses pembelajaran. gabungan teks, grafik, audio, video dan animasi, pelajar lebih mudah memahami konsep yang ingin disampaikan oleh guru. Sebagai contoh, dalam mengajar Sistem Pencernaan Manusia, guru boleh menggunakan teks, grafik dan animasi bagi menunjukkan apa yang berlaku kepada makanan yang dimakan oleh seseorang bermula daripada makanan itu dimasukkan ke dalam mulut sehinggalah ia diserap ke dinding usus dan bahan buangan dikeluarkan dari badan sebagai najis.

Melalui bahan multimedia yang telah disediakan sendiri atau melalui bahan pengajaran yang dibekalkan kepada sekolah, guru dapat menjimatkan masa melukis rajah yang agak kompleks di atas papan tulis dan akan menjimatkan masa. Contohnya dalam matapelajaran Biologi, guru tidak perlu melukis rajah jantung di papan tulis. Dengan mudah rajah jantung boleh diperolehi daripada internet dan guru hanya perlu muat turun rajah dan maklumat tersebut seterusnya boleh ditayangkan kepada pelajar di dalam kelas menggunakan projektor LCD. Bahan ini boleh digunakan untuk mengajar kelas-kelas yang lain atau boleh digunakan oleh guru-guru yang lain dengan mudah dan cepat melalui keadah auditori dan visual dalam mempersembahkan maklumat, pelajar dapat memproses maklumat itu dengan lebih cepat dan dengan itu proses pembelajaran dapat digalakkan melalui penglibatan pelajar


Dalam topik Sudut Dongakan dan Sudut Tunduk dalam Matematik Tingkatan Empat, misalnya, penggunaan gambar dan video boleh digunakan bagi menunjukkan penggunaan konsep nisbah trigonometri dan sudut dongakan dan sudut tunduk untuk menyelesaikan masalah harian seperti menganggar tinggi tiang bendera. Dengan cara ini, konsep yang dibina dapat diperkukuhkan lagi.

Penggunaan video juga akan memudahkan proses pengulangan dalam pembelajaran dilakukan dengan mudah. Sebagai contoh guru memberi penerangan proses kerja dimakmal boleh dirakamkan dan kemudiannya dipaparkan kembali kepada pelajar bila-bila masa sahaja diperlukan. Pelajar juga boleh menonoton klip video tersebut bagi membentuk kefahaman yang lebih mendalam apabila diperlukan. Penggunaan video juga akan dapat membentuk kemahiran pelajar lebih pantas dan berkesan. Dalam mempelajari kemahiran fizikal seperti kemahiran menggunakan perisian computer, kemahiran melakukan ujikaji, dan lain-lain demontrasi secara langsung. Ini dapat membantu proses membina kefahaman dan seterusnya membentuk kemahiran seperti mana yang diperlukan.

Video digital dapat membantu dan digunakan dalam proses membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan. Pelajar boleh menonton perjalanan video mengikut keperluan dan kefahaman masing-masing. Selain itu, penggunaan video digital juga mampu menjimatkan masa, tenaga dan kos pembelajaran. Masa persediaan bahan bantu pengajaran dalam tempoh masa panjang misalnya boleh diringkaskan kerana klip-klip video yang berkaitan dengan keperluan telah disediakan dengan lebih awal. Proses pengajaran d idalam kelas juga boleh menjadi lebih pantas menerusi penggunaan elemen multimedia video digital yang ditayangkan. Penerangan yang panjang lebar dan demonstrasi yang meleret-leret tidak diperlukan lagi. Ini kerana proses penerangan melalui video yang menggabungkan elemen seperti imej, muzik, dan suara latar mampu, memberi penjelasan yang lebih jelas kepada para pelajar.


PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PERNIAGAAN.

Multimedia digunakan di dalam perniagaan seperti persembahan (presentation),latihan, pemasaran, demonstrasi produk, katalog produk dan komunikasi di dalamrangkaian. Persembahan multimedia pada masa kini dapat memberi minat kepadapendengar dengan mencantumkan unsur animasi, audio dan klip video dalam satupersembahan berbanding menggunakan 35mm slide dan overhead projektor yanghanya dapat menggunakan unsur teks dan grafik sahaja.

Bagi kegunaan pejabat, penggunaan kamera video, mikrofon dan pembesar suara sertacapture cardboleh digunakan bagi kegunaan pejabat seperti membuat kad pekerjadan juga pangkalan data yang lengkap dengan gambar pekerja. Komputer laptopdigunakan beserta persembahan multimedia bersedia untuk memberi persembahan dimana-mana jua. Dengan kesedaran syarikat tentang kepentingan persembahanmultimedia, lebih banyak produk multimedia akan dihasilkan dengan tujuan untukmelancarkan perjalanan syarikat dan memberikan keuntungan.

Multimedia juga dapat mengubah cara perniagaan. Perbankan secara on-line dan membeli-belahsecara on-line membina satu masyarakat yang tanpa-wang (cashless). Maybank2Ucontohnya membenarkan pelanggannya untuk memeriksa baki di akaun bank mereka,melihat transaksi kad kredit mereka, memindahkan wang ke akaun yang lain,melaburkan duit ke dalam saham dan membayar bil secara on-line.

Multimedia juga mengubah cara kita membaca surat khabar dengan menyediakanperkhidmatan berita di internet. Dengan menggunakan teknologi penerbitanelektronik (elektronic publishing), berita di pushke dalam website setiap hari. Padamasa kini perkhidmatan internet yang mempunyai laman web bermultimedia danproduk-produk multimedia yang lain mula bersaing dengan TV untuk menyiarkankandungannya. Sebagaimana pengguna TV menghabiskan masa merekamenontonnya, internet menyediakan bahan yang sama seperti siaran radio, siaran TVdan klip-klip video.
















Contoh multimedia yang diaplikasikan dalam bidang perniagaan.

Sabtu, 10 Januari 2009

salam perkenalan


Hai....selamat datang ke blog saya. Saya Mohd Arman Shaidi berasal dari Kota Bharu Kelantan. Saya mempunyai 4 orang adik beradik dan saya merupakan anak yang kedua. Saya memasuki Universiti Utara Malaysia melalui Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( stpm). Dan sehingga hari ini saya berasa bersyukur dan bertuah kerana berjaya memasuki universiti. Program yang saya ambil ialah ijazah sarjana muda komunikasi dan sekarang berada di semester 4. Menjadi impian saya dan harapan keluarga untuk melihat saya berjaya dalam pelajaran dan semua itu tidak mustahil melalui usaha yang berterusan tanpa pernah mengeluh dan putua asa serta iringan doa kedua ibu bapa saya.